Program Taklimat Kempen Internet Selamat Peringkat Daerah Port Dickson

1 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

30 September 2025 – NADI Linggi dan Kluster NADI Port Dickson bersama-sama dengan pihak MCMC Negeri Sembilan telah membuat program mengenai Taklimat Kempen Internet Selamat peringkat Daerah Port Dickson di Dewan Kem Jati Diri Pasir Panjang.

Program ini melibatkan sebanyak 19 buah sekolah rendah di daerah Port Dickson dan seramai 190 orang pelajar serta 38 orang guru pengiring telah menghadirkan diri bagi progam ini.

Tujuan program ini dibuat adalah bagi menyebarkan lagi mengenai keselamatan Internet kepada pelajar sekolah rendah serta telah membuat pelbagai aktiviti berkumpulan dan dibantu oleh Kluster NADI Port Dickson kepada pelajar.

Terima kasih kepada pihak yang terlibat kerana sudi menjemput pihak MCMC Negeri Sembilan dan Kluster NADI Port Dickson bagi merealisasikan program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali